Friday, November 30, 2012

habis cuti sem for part3

assalamualikum

hajat dihati tak nak mengangkat kaki jauh dari batu pahat johor ni :'( sob sob kenapa cuti sem cepat berlalu?belum puas rasanya melepaskan rindu.
cuti sem part3 ni memang sekejap.dalam masa 1bulan lebih ni eka sempat berkerja anda duduk goyang kaki.sebenarnya malam ni eka perlu kemas-kemas barang nak balik uitm dungun,but arrrgghh -_-' sumpah malas tahap +++ .
nak sokseyh sokseyh banyak-banyak pun bosan pula.banyak barang yang tak dicari lagi.enta lah no.coment :|

Thursday, November 29, 2012

result sem 3

assalamualikum

seronokkan jadi budak pandai,almaklum lah aku bukan pandai sangat...pandai sikit-sikit,yang lebih nya malas. untuk sem3 ni result ssesangat-sangat menghampakan sob sob sob (T_T) aku kena ulang satu paper ele. kekadang rasa menyesal ambil course aku ni.kekadang berkata pula dalam hati alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. life must go on.

dapat result macam biasa lah kena bagitahu emak dan ayah...emak nak bebel panjang-panjang pun benda suda lepas jadi emak redha saja. emak pesan sem depan buat lelok jangan main je berjalan je kejanya...(uhui mana tau ni?)ahak3.

result teruk semua teruk sakit hati kita walaupun salah kita.

sem depan kita akan buat yang terbaik caya la :)


Wednesday, November 21, 2012

hati saya telah dimilik

assalamualaikum...

macam tak percaya hati saya telah dimiliki oleh awak,walaupun kita ada sejarah silam yang menyakitkan hati(untuk saya) tapi Allah beri pertunjuk untuk saya beri peluang awak hadir dalam hidup saya.awak tahu kan macam mana susahnya saya memberi keputusan macam tu lah juga awak yang tersiksa menanti keputusan saya. awak awak awak nak tahu tak prinsip hidup saya dah ludah takkan jilat balik(ee gelinya kahak) hahaha.itulah yang nak digambarkan bile saya dah angkat kaki dari hidup awak takkan saya datang balik terima awak,BUT...awak telah membuktikan kehadiran awak lebih baik dari yang sebelum ni.kesabaran awak...semuanya membuat saya cair.sekeras keras hati perempuan akan cair jua.

jadi sehingga sekarang kita bersama :) bukannya tak ada mamat mamat hensem lain tapi hati saya memilih awak untuk kedua kalinya.sebab saya yakin pengalaman akan membuatkan kita lebih baik dimasa akan datang macam tu la juga relationship kita ni awak.

saya tau awak takot pisang berbuah dua kali,takot saya angkat kaki pergi dari hidup awak kan?saya pun takot peristiwa lepas berulang lagi..tapi
benda tu takkan terjadi sekiranya tiada insan ke3 dicelah2 kita,jadi mengharap sangat cinta yang saya pupuk kasih yang saya tabur awak takkan persiakan untuk kali kedua.sebab saya terima awak seadanya. walaupun cinta saya ini hanya bersederhana terhadap awak,saya hanya mengharap hubungan secara haram (couple) kita ini berakhir dengan lafaz "AKU TERIMA NIKAHNYA" (suami dan isteri)...

MUHD. HAFIZ JAMIL TIEW